JULAU, 26 April – Jangan Politikkan Penculikan di Sabah…Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar parti pembangkang yang mempolitikkan kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Sabah.

Katanya, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina masih berusaha mengadakan rundingan untuk membebaskan tebusan itu.

“Saya difahamkan parti pembangkang memainkan isu itu dalam ceramah kempen pilihan raya mereka. “Cara mereka menjadikan isu sebagai modal politik adalah amat tidak dialu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program RELA Bersama Pemimpin di Rumah Panjang Margretta Tujang, Kerangan Buloh di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, tindakan parti pembangkang itu hanya akan mengganggu proses rundingan untuk membebaskan empat rakyat Sarawak itu.

“Pihak pembangkang harus bertanggungjawab jika rundingan yang sedang dijalankan itu gagal,” katanya. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY