POH 17 April – Ziarah Veteran Umno… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkesempatan menziarahi Tan Sri Tajuddin Ali, 95, Mantan Pengasas veteran UMNO dan pengasas MUBARAK Malaysia.

Tajuddin juga bekas Ahli Parlimen Larut di Ipoh.

Ahmad Zahid meluangkan masa hampir sejam belum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Beliau bersama-sama rombongan yang hadir membacakan doa bagi kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan untuk Tan Sri Tajuddin Ali dan seluruh keluarga. 

Ahmad Zahid tidak pernah melupakan dan menjadi kebiasaan menziarahi rakan-rakan yang kurang sihat apabila pulang ke kawasan beliau walaupun sibuk dengan jadual yang padat. – Suraya Ahmad (WD MY)?

LEAVE A REPLY