KUALA LUMPUR, 30 Nov – Sertai……. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru
anggota UMNO dan rakyat negara ini hadir di Stadium Titiwangsa, di sini bagi
menyatakan sokongan dan solidariti terhadap penindasan etnik Rohingya, Ahad ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata perhimpunan aman itu juga sebagai tanda
bantahan kepada kebencian melampau pihak tertentu terhadap umat Islam.

“Ayuh kita beramai-ramai menyatakan solidariti terhadap umat Islam di
Myanmar,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri 2016, di sini, malam tadi.

Perhimpunan itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dijangka
diadakan bermula pukul 8 pagi.
Ahmad Zahid berkata walaupun Myanmar melahirkan tokoh yang memenangi
anugerah Nobel, pertumpahan darah terus berlaku di negara itu.
“Apabila ada kuasa, beliau (Aung San Suu Kyi) mudah lupa,” katanya.
Ahmad Zahid berkata beliau difahamkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk
Seri Jamal Md Yunos yang mengetuai sebuah gerakan NGO berjanji membawa 20,000
orang menyertai perhimpunan itu.  – WD MY