ALOR GAJAH, 6 Jun – Tunaikan Solat…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Salmah Khamis di sini, malam ini.

Ahmad Zahid yang diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyertai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat berkenaan dengan dipimpin Imam Makkah, Syeikh Mohammad Idris Al Mashrafe.

Masjid Salmah Khamis diwakafkan Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis kepada Baitulmal Melaka pada 26 Mei lepas.

Masjid itu, yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung, mampu menampung 1,000 jemaah.

Selepas solat berkenaan, Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian mengenai pengajian bahasa Mandarin di antara Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka dengan Institut Kong Zi, Universiti Malaya. – WD MY