TPM Sumbang RM25,000 Untuk Tabung Rohingya Utusan-TH

TPM Sumbang RM25,000 Untuk Tabung Rohingya Utusan-TH

321
0

KUALA LUMPUR 14 Dis – Sumbang……. Penderitaan dan kesengsaraan etnik minoriti Islam Rohingya yang berhadapan dengan penghapusan kaum di wilayah Rakhine, Myanmar terus mendapat perhatian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM25,000 untuk Tabung Rohingya Utusan-TH yang ditubuhkan Kumpulan Utusan pada 1 Disember lepas.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Dr. Ahmad Masrizal Muhammad kepada Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas dalam satu majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat syarikat petang semalam.

Menurut Ahmad Masrizal, Ahmad Zahid terpanggil untuk menghulurkan sumbangan berkenaan bagi menunjukkan semangat solidariti dalam usaha membantu membela nasib etnik berkenaan dan sebagai menyokong inisiatif yang dijalankan oleh Kumpulan Utusan.

“Ahmad Zahid menyeru agar semua pihak turut sama dalam usaha ini bagi menjadikan suara Malaysia terus didengar oleh dunia walaupun negara kita ini kecil.

“Timbalan Perdana Menteri juga terpanggil untuk memberikan sumbangan kerana bagi beliau, usaha untuk membela nasib etnik Rohingya perlu diseiringkan dengan tindakan tegas oleh masyarakat,” ujar Ahmad Masrizal. – WD MY