KUALA LUMPUR, 25 Mei – Terima Kunjungan……. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat 16 anggota Majlis
Pemusyawaratan Rakyat Indonesia (MPR) di bangunan Parlimen, di sini.

Delegasi Indonesia itu diketuai Ketua MPR Dr Zulkifli Hasan, antara lain
bertujuan mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Turut hadir pada pertemuan selama 45 minit itu ialah Duta Besar Malaysia di
Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

“Satu topik yang hangat dibincangkan ialah isu Bumiputera, bagaimana kita
membangunkan negara ini atas asas Bumiputera,” kata Zahrain.

Anggota MPR berkenaan sedang dalam rangka lawatan suai kenal di Malaysia
selama tiga hari bermula semalam, yang dianjurkan Kementerian Luar Malaysia.

Indonesia ialah rakan dagang Malaysia yang ketujuh terbesar dan ketiga
terbesar dalam kalangan negara ASEAN. Jumlah perdagangan dua hala antara
kedua-dua negara tahun lepas mencecah RM60.16 bilion.

LEAVE A REPLY