PUTRAJAYA, 2 Jun – Kunjungan…..Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun di pejabatnya hari ini.

Guo Shengkun tiba di Kementerian Dalam Negeri kira-kira pukul 9 pagi dan berbincang mengenai isu keselamatan dan jenayah rentas sempadan antara kedua negara. – WD MY