PUTRAJAYA 9 Mac – ¬†Kunjungan…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat daripada TYT Abdulmalik Abdul Jalil Al- Mekhlafi, Timbalan Perdana Menteri Republik Yemen.

Dalam kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri berkata antara isu yang dibincangkan iaitu bidang kerjasama dua hala iaitu Malaysia-Yemen dalam isu serantau dan global demi kepentingan kedua negara.

“Malaysia mengutuk serangan ke atas orang awam dan infrastruktur yang dihadapi Yaman selain menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$100,000 (RM445,950) pada 2015.

“Kita menyatakan sokongan penuh negara kepada usaha Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda negara terbabit.

“Ia bagi memastikan kedaulatan wilayah Republik Yaman terpelihara,” katanya.

Sehingga 1 Mac lalu, seramai 5,779 pelajar Yaman melanjutkan pelajaran di universiti awam dan swasta di negara ini manakala 300 pelajar Malaysia berada di Yaman. – WD MY