KUALA LUMPUR, 5 Julai -TPM Zahir Rasa Simpati….Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan rasa terkejut dengan tragedi pengeboman oleh pengganas di Madinah.

Ahmad Zahid berkata demikian menerusi akaun twitternya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut melahirkan rasa simpati dan mendoakan rakyat di negara itu terus dipelihara dan dilindungi Allah SWT.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata serangan itu dilakukan ketika orang ramai sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa.

Serangan di Masjid Nabawi itu adalah yang ketiga di Arab Saudi semalam.

Dua lagi serangan berlaku di tempat lain, satu berhampiran pejabat konsul Amerika Syarikat di Jeddah dan satu lagi di sebuah kawasan masyarakat Syiah di Qatif.

Empat pegawai keselamatan maut dan lima lagi cedera akibat serangan itu.

Menurut Kementerian Luar Malaysia, tiada rakyat negara ini menjadi mangsa dalam serangan itu. – WD MY

LEAVE A REPLY