BANGKOK, 4 Ogos – Tiba Di Bangkok…. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini, hari ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari, bertujuan memperkukuh hubungan yang sedia akrab antara Malaysia dan Thailand.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Don Mueang pada 4 petang (waktu tempatan) menaiki pesawat khas, disambut Duta Malaysia di Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan pegawai kanan kedutaan yang lain.

Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, mempunyai jadual yang padat esok, bermula dengan perjumpaan dengan rakan sejawatannya Wissanu Krea-ngam di Rumah Kerajaan.

Selepas menunaikan solat Jumaat, timbalan perdana menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan seorang lagi timbalan perdana menteri yang juga Menteri Pertahanan, Jen Prawit Wongsuwan, di Kementerian Pertahanan.

Zahid akan turut bertemu anggota media Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air. – WD MY

LEAVE A REPLY