TPM Tiba Di Mesyuarat Kelima Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Dadah

0
814

SINGAPURA, 19 Okt – Tiba Untuk Mesyuarat Asean…. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini untuk menghadiri Mesyuarat Kelima Menteri-Menteri ASEAN mengenai dadah selama dua hari bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri ketibaan Ahmad Zahid di The Grand Waterfront Copthorne di sini, disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)  Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin.

Timbalan perdana menteri akan menghadiri Perbincangan Mengenai Kerjasama
ASEAN untuk Membanteras Pengeluaran dan Pengedaran Dadah di Kawasan Segi Tiga
yang merupakan lokasi pengeluaran dan pengedaran dadah terbesar di dunia.

zahid-singapura2

Inisiatif itu telah dimulakan oleh Thailand yang merupakan negara peneraju
di ASEAN mengenai pembanterasan jenayah pengeluaran dan pengedaran dadah.
Perbincangan itu akan melibatkan penyertaan menteri daripada Thailand,
Singapura, Myanmar, Vietnam, Laos dan Malaysia.

Kerjasama serantau itu merupakan satu daripada program yang telah dipersetujui di bawah Kerangka Kerja ASEAN bagi tempoh 2016–2025 untuk berkerjasama dengan komuniti ASEAN dalam membanteras ancaman jenayah dadah.

Malaysia menjadi hos Mesyuarat Keempat Menteri–Menteri ASEAN Mengenai Dadah
di Langkawi pada 2015.

Mesyuarat julung kali peringkat Menteri–Menteri ASEAN mengenai Dadah
diadakan di Bangkok pada 2012. – WD MY