NEW YORK, 23 Ogos – Tiba Untuk Mempengerusikan….Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini jam 4.10 petang waktu tempatan (4.10 pagi waktu Malaysia) untuk memulakan lawatan kerja lima hari.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri akan mempengerusikan debat terbuka bagi mencegah percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), esok.

Selain itu, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama pelajar dan rakyat Malaysia di sini, selain perbincangan bersama komuniti perniagaan di sini.

Ini adalah lawatan ketiga Ahmad Zahid sejak dilantik Timbalan Perdana Menteri pada Julai, tahun lalu. – WD MY

LEAVE A REPLY