KUALA KANGSAR, 13 Jun – Ziarah……. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi menziarahi jenazah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang maut dalam kemalangan petang semalam.

Zainol Fuad Zahar, 52 tahun yang sudah 5 tahun menjadi anggota pasukan itu maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kuala Kangsar – Manong dekat Kampung Ketior, kira-kira jam 6 petang.

Mangsa adalah anggota RELA yang bertugas membuka pintu kenderaan Ahmad Zahid ketika tiba di Manong untuk program RELA Bersama Pemimpin petang semalam.

Ketika kejadian, mangsa yang juga seorang duda dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Chandan manakala MPV dalam perjalanan ke Manong.

Ahmad Zahid tiba kira-kira jam 11.30 malam dan menghabiskan masa kira-kira 10 minit menziarahi mangsa dan menyampaikan ucapan takziah kepada abang mangsa, Zamry Azhar, 57.

Bercakap kepada media, Ahmad Zahid berkata, mangsa adalah seorang yang sangat dedikasi dengan tugasannya dan kerajaan akan menguruskan tuntutan insuransnya. – WD MY

LEAVE A REPLY