PUTRAJAYA, 1 Mac – Tahniah…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkanĀ tahniah kepada semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 yang diumumkan semalam.

Ahmad Zahid berharap mereka terus maju jaya serta melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi demi kerjaya terbaik di masa depan.

“Tahniah Pelajar STPM 2016. Selamat maju jaya, teruskan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi demi masa depan dan kerjaya terbaik,” katanya dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Keputusan STPM 2016 menunjukkan peningkatan dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional meningkat kepada 2.71 berbanding 2.65 pada 2015 yang mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dilaporkan berkata, peningkatan itu membabitkan PNGK Nasional, PNGK 4.00, PNGK 3.00 ke atas, PNGK 2.75 ke atas, calon yang mendapat A dalam lima dan empat mata pelajaran dan peningkatan pada lulus penuh. – WD MY