KUALA LUMPUR, 15 Jun – Takziah…. Tragedi yang menimpa pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sehingga meragut nyawa dua juruterbangnya terus mendapat perhatian daripada pemimpin negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui akaun Twitter miliknya turut mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof yang telah terkorban.

“Takziah kpd keluarga 2 org juruterbang TUDM @airforcenextgen. Semoga dicucuri rahmat Allah & menerima keberkatan bulan Ramadhan. Al Fatihah,” katanya.

Nahas yang membabitkan pesawat Hawk MK108 TUDM yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi itu berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua juruterbang, Hasri dan Yazmi disahkan meninggal dunia dan ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berpaya dekat Kampung Sungai Ibok, Air Jernih, dekat Kemaman, Terengganu. – WD MY