KUALA LUMPUR, 11 Sept – Ucapan Tahniah….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Twitter miliknya mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan pingat emas di Sukan Paralimpik

“Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad! Hadiahkn pingat emas buat Malaysia di Sukan Paralimpik #Rio2016 . Kami bangga.”

Untuk rekod, pemenang pingat di temasya Paralimpik turut menerima imbuhan sama seperti di Olimpik dengan pemenang pingat emas akan menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) akan menerima RM1 juta.

Kejayaan Ridzuan dan Ziyad turut sejarah tersendiri selepas memenangi dua pingat emas, setiap satunya mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik.

Ridzuan Mohamad Puzi meraih emas dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.

Pingat perak dimenangi Yang Yifei dari China dengan catatan 12.20s dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan 12.54s.

Ziyad Zolkefli dalam pada itu menyumbang emas melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran).

Lebih membanggakan, dia yang juga pemenang pingat gangsa pada edisi ke-14 di London mencipta rekod baharu dunia dalam percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m, sekali gus memadam rekod dunia dan rekod Paralimpik milik Todd Hodgetts dari Australia iaitu 16.29m juga di London.

Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa milik Hodgetts dengan 15.82m. – WD MY

LEAVE A REPLY