KUALA LUMPUR, 10 Nov – Tahniah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterajui Presiden dilantik, Donald Trump, akan lebih kukuh.
Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Parti Republikan itu yang memenangi Pilihan Raya Presiden AS, Zahid berharap kemenangan Trump akan menjadi satu permulaan baharu yang memanfaatkan semua pihak.
“Tahniah kepada Donald Trump. Semoga kemenangan ini menandakan satu permulaan baharu dan memberi manfaat kepada semua,” katanya menerusi entri di Facebook rasminya hari ini. – WD MY