KUALA LUMPUR, 18 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas pemergian ibunya, Che Tom Yahaya, 82, awal pagi tadi.

Ahmad Zahid dan keluarga turut mendoakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba-Nya yang solehah.

“Salam takziah seluruh ahli keluarga MB (Menteri Besar) Selangor, YAB Datuk Seri Azmin Ali atas pemergian ibu tercinta ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Saya dan keluarga mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang solehah. Al Fatihah,” katanya.

Allahyarhamah Che Tom meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara, pada jam 2.14 pagi tadi. Sebelum ini Allahyarhamah dirawat di pusat perubatan swasta itu selepas mengalami serangan angin ahmar. -WD MY