KUCHING, 6 Mei – Parking Bertingkat Bakal Dibina…..Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina
parkir bertingkat bagi kemudahan pengunjung di kawasan Pasar Niaga Satok.

Menurut beliau berkata pada tahun ini, RM2.5 juta daripada peruntukan itu akan
digunakan, manakala selebihnya untuk tahun depan berikutan keperluan orang ramai
terhadap kemudahan parkir.

“Saya bersyukur jalinan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri boleh
mewujudkan tempat usahawan berasaskan pertanian untuk berniaga. Bukan sahaja
barangan pertanian, tetapi juga barangan lain,” katanya ketika berucap pada
majlis Perhimpunan Usahawan Tani Bimbingan FAMA.

Ahmad Zahid berkata Pasar Niaga Satok adalah platform untuk mengumpulkan
usahawan tani dari seluruh Sarawak, dan ini seharusnya dimanfaatkan masyarakat
sekitar, selain menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY