SUBANG, 13 Jun – TPM Lawat Jenazah…….Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menziarah jenazah Bekas Setiausaha Politik Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad di Lapangan Terbang Subang sebentar tadi sebelum jenazah diterbang ke Kelantan untuk dikebumikan.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas, 79 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dipercayai akibat barah 1.15 tengah hari semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri,Puan Seri Fauziah Mohamed Darus dan tiga orang anak iaitu dua lelaki, Addha Amir, 47; dan Fuad, 42; serta seorang anak perempuan Didi, 45.

Jenazah Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad tiba di kediamannya di Jalan U-Thant, KL, 3.45 petang semalam. – WD MY

LEAVE A REPLY