KAJANG, 2 Ogos – Ziarah….Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Setiausaha Akhbarnya, Halim Majid, yang terlantar sakit di Hospital Kajang, tengah hari tadi.

Dalam lawatan itu, Ahmad Zahid diberikan taklimat ringkas oleh doktor bertugas di zon merah, unit kecemasan hospital berkenaan berhubung keadaan Halim yang masih berada dalam keadaan koma.

Timbalan Perdana Menteri juga sempat bertemu dengan isteri Halim.

Halim, 62 tahun juga adalah bekas Penerbit di Jabatan Berita dan Ehwal Semasa,TV3 serta bekas Penerbit Program “Sekapur Sirih” di stesen televisyen swasta itu. – WD MY

LEAVE A REPLY