KUALA LUMPUR, 2 April – Solat Jenazah….Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyertai solat jenazah Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba kira-kira 6.30 petang di masjid berkenaan dan menunaikan solat jenazah bersama kira-kira 100 anggota polis dan anggota keluarga Allahyarham.
 Solat jenazah diimamkan Imam Besar Masjid Bukit Aman Supt Ghazali Daud dan turut disertai Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Zulkifli Abdullah.
Jenazah yang tiba di masjid itu kira-kira pukul 5.30 petang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.
Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas
menggantikan Datuk Mazlan Lazim.
 Allahyarham Ab Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini hari ini akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Che Nat Hassan dan tujuh orang anak. – WD MY