NEW YORK, 9 Nov – Keluar Mengundi…… Bakal Presiden dan calon presiden Republikan, Donald Trump, keluar mengundi berhampiran kediamannya di sini, dalam pilihan raya bersejarah menyaksikan beliau menentang calon Demokrat, Hillary Clinton yang berhasrat menjadi presiden wanita pertama Amerika Syarikat.

Selepas mengundi bersama isterinya, Melania, di sebuah sekolah, Trump berseloroh kepada wartawan mengatakan ia adalah “keputusan sukar” untuk memilih dirinya.

“Kita akan lihat apa yang berlaku, kita akan lihat apa yang berlaku. Ia kelihatan agak baik. Ketika ini ia kelihatan sangat baik. Ia akan menjadi menarik. Terima kasih,” kata Trump. – WD MY