WASHINGTON, 13 Jun – Trump Desak Obama Letak Jawatan…… Calon Republikan, Donald Trump mendakwa kejadian tembakan terbaharu di Orlando dilakukan militan Islam dan menuntut agar Presiden Barack Obama meletakkan jawatan manakala calon Demokrat, Hillary Clinton keluar dari persaingan pilihan raya presiden.

Awal hari ini, Trump menerusi Twitternya berkata, kejadian serangan ke atas pesta gay di sebuah kelab malam di Orlando itu membuktikan beliau adalah betul mengenai amarannya berhubung pengganas radikal Islam.

Dalam tweetnya beberapa jam selepas kejadian yang meragut 50 nyawa itu, beliau berkata: “Berterima kasih atas ucapan tahniah kerana betul mengenai pengganas radikal Islam, namun saya tidak mahu ucapan tahniah, saya mahu ketahanan dan waspada.”

Trump sejak sekian lama dalam kempennya, Trump menyuarakan mengenai perlunya memerangi ancaman Kumpulan Negara Islam (IS).

Serangan berdarah terakhir pada Disember tahun lalu di San Bernardino, California yang membunuh 14 orang, menyaksikan Trump mencadangkan agar orang Islam diharamkan secara sementara daripada memasuki Amerika.

“Apa yang berlaku di Orlando ini hanya permulaan. Kepemimpinan kita lemah dan tidak berkesan. Saya sudah nyatakannya dan mahu ia diharamkan. Kita mesti tegas,” kata Trump dalam Twitternya. – WD MY

LEAVE A REPLY