BUKIT GOLAN, 18 Jun – TEMPATKAN….. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu merasmikan penempatan baharu di Bukit Golan dengan menamakannya sempena nama ‘rakan karibnya’ Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Netanyahu semalam memperkenalkan papan tanda ‘Trump Heights’ yang memaparkan bendera Israel dan AS sebagai mercu lokasi penempatan baharu itu.

“Terima kasih PM@Netanyahu dan Negara Israel kerana penghormatan itu,” kata Trump menerusi Twitter.

Acara itu berlangsung sejurus Presiden AS mengiktiraf kedaulatan Israel di dataran tinggi strategik yang dirampas dari Syria semasa Perang Enam Hari 1967 pada Mac lalu.

Israel mengiktiraf Bukit Golan sebagai wilayahnya dalam tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – WD MY