WASHINGTON, 20 Jan – Seru….. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, hari ini, meminta rakyat negaranya supaya ‘bersatu’, menjelang majlis mengangkat sumpah jawatan di Bangunan Capitol.

“Kita akan berusaha menyatukan negara ini.

“Kita akan melakukan pelbagai perkara yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini, untuk negara kita dalam tempoh berdekad lamanya. Semuanya akan berubah, Saya berjanji kepada anda semua,” kata Trump kepada orang ramai yang menghadiri konsert pra majlis angkat sumpah di hadapan bangunan Lincoln Memorial. – WD MY