WASHINGTON, 18 Feb – Musuh…  Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan serangan terhadap media negara itu dengan menyifatkan ia ‘musuh rakyat Amerika!’ tulisnya menerusi akaun Twitter miliknya.

Sebaik saja tiba di kediaman rehatnya di Mar-a-Lago, Florida – tempat beliau menghabiskan waktu rehat hujung minggu ketiga berturut-turut – Presiden itu membidas dengan menggunakan 140 aksara.

“Media BERITA PALSU (gagal @nytimes, @NBCNews, @ABC, @CBS, @CNN) bukan musuh saya tetapi musuh rakyat Amerika!” tulisnya.

Terdahulu, Trump memuat naik tulisannya yang menyasarkan New York Times, CNN, NBC dan beberapa media lagi dan ia berakhir dengan perkataan ‘SICK’ (meluat).

Bagaimanapun, beliau segera memadam tulisan sebelum menulis semula mesej terakhir dengan menambah dua lagi ‘musuh’ dalam senarai hitamnya.

Kebanyakan Presiden AS pernah mengkritik media tetapi bahasa yang digunakan Trump menyamai dengan bahasa yang digunakan kebanyakan pemimpin kuku besi di dunia. – WD MY