WASHINGTON, 5 Mei – Terima Baik …… Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengunjungi ke Arab Saudi tidak lama lagi, bakal meningkatkan kerjasama antara negara Islam dan Washington dalam usaha menentang keganasan.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, berkata kunjungan itu turut membabitkan persidangan dua hala, mesyuarat dengan pemimpin Arab di rantau teluk dan lain-lain negara Islam serta Arab.

“Ia memberi mesej jelas kepada dunia bahawa AS dan negara Islam di rantau Arab boleh bekerjasama.

“Ia menuju ke arah itu dan kami yakin ia akan mengukuhkan kerjasama antara AS, negara Arab dan lain-lain negara Islam bagi membanteras keganasan.

“Ia juga akan mengubah perbincangan mengenai hubungan antara AS dengan Arab dan dunia Islam,” katanya kepada media susulan pengumuman pentadbiran Trump mengenai kunjungan presiden itu ke Riyadh, bulan ini. – WD MY