KUALA LUMPUR, 30 April – Bangunan Tertinggi di TRX…..Tun Razak Exchange TRX bakal menempatkan antara menara tertinggi di dunia.

Antaranya, The Signature Tower setinggi sekitar 1,440 kaki.

Ia dibangunkan pemaju hartanah terbesar Indonesia, Kumpulan Mulia dengan nilai pembangunan kasar GDV mencecah lebih 3.5 bilion ringgit.

Menara 92 tingkat ini dijadualkan siap menjelang pertengahan 2018.

Diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, TRX bakal membangunkan sebuah hab sistem kewangan dunia.

TRX akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa seperti di Singapura, UAE dan United Kingdom. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY