JAKARTA, DISEMBER 23: TSUNAMI…Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian tsunami yang berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda, setakat ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan kini memantau kejadian itu dan rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pegawai bertugas di talian ‭+62 813 80813036‬.

“Ok diterima mengenai rakyat Malaysia terlibat dengan kejadian ini,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan pendataan sementara pihak berkuasa Indonesia sehingga pukul 7.00 pagi ini, sekurang-kurangnya 43 orang terkorban dan hampir 500 mangsa cedera dalam kejadian tsunami yang berlaku 9.27 malam tadi.-MY WD