TUMPAT, 21 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas kira-kira 10,200
helai pelbagai jenis tudung yang dianggarkan bernilai RM306,000 di pangkalan
haram Tualang di sini.

Menurut Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, ASP Mohd Nawi Yunus pihaknya
pada mulanya terserempak dengan sekumpulan individu yang kelihatan sedang
memunggah bungkusan.

“Setelah dihampiri, mereka melarikan diri dengan bot ke arah Thailand.
Setelah diperiksa bungkusan yang ditinggalkan, ditemui 10,200 helai tudung di
dalam 34 bungkusan,” katanya.

Beliau berkata tudung-tudung itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran
dan mahu dipasarkan ke Kuala Lumpur dan Melaka yang memang menjadi pusat
penjualan tudung.

“Ia memang untuk pasaran luar dari Kelantan dan permintaan untuk tudung ini
agak tinggi. Ia dijual dengan harga RM30 sehelai,” katanya.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY