SUNGAI UDANG, 31 Jan- Seramai 7 warga Filipina masing-masing empat wanita dan tiga lelaki ditahan dalam Ops ID di dua lokasi berasingan, Tangga Batu dan Kampung Gelam di Sungai Udang, Melaka awal pagi tadi. 

Mereka yang berumur antara lingkungan 25 hingga 45 tahun itu ditahan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 berikutan disyaki memiliki kad pengenalan diri palsu.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka, Norazle Sulaiman, berkata semua suspek ditahan susulan risikan agensi berkenaan selama dua minggu selain aduan orang awam membabitkan masalah kebanjiran warga asing di kawasan mereka. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY