KUALA LUMPUR, 24 Jan – Polis menahan tujuh lelaki warga tempatan
dalam operasi di lima negeri kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas
Daesh.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka dipercayai
anggota sel yang sama yang merancang untuk melancarkan serangan keganasan di
beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Mereka ditahan di Kedah, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor oleh
Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman mulai Jumaat lepas hingga
hari ini.

Khalid berkata ia susulan daripada tangkapan ke atas seorang individu di
stesen LRT Setiawangsa di sini pada 15 Jan lepas.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 26 hingga 50 tahun,”
katanya dalam kenyataan hari ini. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY