KUALA LUMPUR, 22 April – Kempen….. Semua Pelanggan Maxis dan Hotlink yang menukar kad SIM 3G mereka kepada kad 4G, kini boleh menyertai kempen yang menawarkan ganjaran tunai bernilai RM1 juta.
Maxis berkata Kempen ‘RM1 juta Tukar Sim 3G’ itu disasarkan kepada pelanggan Maxis dan Hotlink yang menaik taraf kad mereka kepada kad SIM 4G.
“Bermula Selasa ini (25 April), pelanggan yang dapat menukar kad SIM itu secara automatiknya akan layak untuk menyertai kempen berkenaan,” katanya.
Kempen itu diadakan dalam tiga pusingan iaitu masing-masing pada 3, 16 dan 31 Mei, 2017.
“Sebahagian besar pelanggan kami sudah menikmati pengalaman rangkaian terbaik dengan Maxis. Namun, masih ada jutaan pelanggan lain yang belum menaik taraf kepada kad SIM 4G biarpun menggunakan telefon pintar 4G.
“Menerusi kempen ini, kami mahu membantu mereka menikmati kemampuan telefon pintar mereka sepenuhnya dengan dinaik taraf kepada kad SIM 4G.
Kini, mereka dapat melakukan semua perkara yang diingini dalam telefon masing-masing malah lebih pantas menerusi rangkaian 4G nombor satu di negara ini,” kata Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan.
Dalam pada itu, Maxis akan terus melabur dalam rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) 4G yang diterajuinya dan telah terbukti menyediakan liputan terbaik bagi pengalaman melayari internet.
Malah, baru-baru ini, syarikat itu dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dengan meraih penarafan empat bintang iaitu standard tertinggi dalam kategori syarikat telekomunikasi dengan menawarkan secara konsisten penstriman video berdefinisi tinggi di semua 14 negeri, sebagaimana menurut tinjauan Video Chekcup YouTube. – WD MY