SHAH ALAM, 31 Mei – Rampas Dadah…… Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor berjaya merampas 60 kotak berisi 600,000 biji pil Eremin 5 bernilai RM9 juta pada 22 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor , Datuk Abu Samah Mat berkata penemuan itu berdasarkan risikan polis serta petunjuk daripada seorang suspek yang ditahan 18 Mei lalu ketika membawa sejumlah pil Eremin 5 di dalam kenderaannya di Teluk Gong Selangor.

Polis percaya dadah yang diimport dari luar negara itu akan diedarkan ke beberapa lokasi dalam pasaran tempatan.

Polis kini sedang memburu seorang lagi lelaki iaitu rakan subahat kepada suspek yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan itu. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY