KUALA LUMPUR, 29 Nov – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU2015) pada bulan depan.

Beliau berkata, UMNO adalah milik semua ahli berdaftar dan sesiapa saja berhak menghadiri acara tahunan itu. “Kalau saya dijemput, saya pergilah. Saya pun ahli juga..bekas presiden sahaja pun,” katanya dalam sidang media selepas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015 hari ini.

Tun Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas jemputan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepadanya, baru-baru ini.

Semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid melahirkan harapan agar bekas Presiden UMNO itu akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO.

Menurut Datuk Seri Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, parti menghormati Tun Dr Mahathir sebagai bekas presiden dan pemimpin negara.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY