DUNGUN, MEI 1: JANGAN…Walaupun baru tiga hari tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin terlalu kepenatan apabila tersasul mengatakan “Jangan Undi Pakatan Harapan”.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tersasul apabila meminta hadirin tidak mengundi pakatan harapan pada 9 Mei nanti.

Kehadiran Dr Mahathir ke ceramah berkenaan turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Namun, wanita itu yang duduk di sofa disediakan di atas pentas kelihatan penat dan beberapa kali melelapkan mata ketika suaminya berucap.-MY WD