SHAH ALAM, 4 DisĀ – Pendapat…….Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang berakhir semalam, tidak berupaya mengambil sebarang tindakan.

Beliau mendakwa, ahli hanya menutup mata, telinga dan mulut tanpa membantah.

“Ahli UMNO sekarang datang pakai baju sama warna tapi tidak bincang apa-apa termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Zaman saya dahulu, baju lain-lain, saya pun pakai semua baju tapi bincang banyak perkara.

“Apa gunanya mesyuarat jika tidak boleh bersuara,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Kebangsaan DAP 2016 di IDCC, hari ini.

Beliau turut memuji kelangsungan persidangan DAP, malah menyifatkan ia lebih sempurna berbanding MCA.

“Saya akui pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya. -WD MY