KUALA LUMPUR, DISEMBER 9: TINJAU…. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninjau lokasi perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas ia berakhir petang semalam.

Rakaman video berdurasi seminit yang dimuat naik pengendali blog, Firdaus Abdullah, di laman Twitter, menunjukkan Dr Mahathir memandu untuk melihat sendiri keadaan di ibu kota selepas perhimpunan berkenaan berakhir.

Dr Mahathir dilihat memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail dengan bunyi siren polis pengiring dapat didengari.

Tindakan Mahathir turut mendapat pelbagai reaksi pelayar Twitter antaranya Tan Hock Chai yang meninggalkan komen ucapan tahniah.

Sementara itu, beberapa pelayar turut berkongsi video Mahathir memandu kereta Proton X70 merah itu.-MY WD