KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hadir merasmikan Persidangan dan Pameran berkaitan Teknologi Keselamatan (IFSEC) Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pameran IFSEC Southeast Asia berlangsung dari 2 hingga 4 September melibatkan negara Asia Selatan mempamerkan peralatan dan Inovasi dalam bidang keselamatan dan teknologi terkini untuk kegunaan pihak keselamatan negara.

Di sidang media selepas merasmikan pameran berkenaan, Khalid mengulas bahawa Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil untuk siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika berlangsungnya perhimpunan BERSIH 4.0, minggu lalu.

Khalid , berkata Dr Mahathir dipanggil susulan laporan polis yang dibuat seorang Ketua UMNO Bahagian berhubung satu dakwaan rasuah oleh negarawan itu.

Beliau berkata, setakat ini, Dr Mahathir masih belum dimaklumkan mengenai siasatan itu dan akan diberitahu dalam masa terdekat.

“Kita akan rekod percakapan beliau (Dr Mahathir)…perlu siasat kerana kita terima laporan (daripada Ketua UMNO Bahagian) mengenai kenyataan beliau berkaitan rasuah. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY