KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pihak polis pagi ini merakam percakapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di satu lokasi yang tidak didedahkan di ibu negara, susulan satu entri penulisan dalam blognya, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Negara, dalam sidang media di Bukit Aman, berkata bahawa Tun Mahathir dirakam percakapan bagi satu tulisan di dalam blognya iaitu Chedet.cc.

“Ya kita sedang rakam percakapannya, tetapi bukan di Bukit Aman atau di kediaman beliau.

“Kita hantar pegawai ke lokasi yang beliau (Tun Mahathir) sendiri tetapkan,” katanya.

Khalid berkata, polis menerima beberapa laporan berhubung perkara itu dan siasatan terpaksa dijalankan.

Dalam penulisan berkenaan, Tun Mahathir mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali, tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY