KUALA LUMPUR, 19 MEI – SAMBUT….. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada penganut Buddha di negara ini.

Perdana Menteri berkata, Hari Wesak mengingatkan rakyat Malaysia yang dapat hidup dalam keadaan aman dan damai selama ini.

“Sekali lagi rakyat Malaysia yang beragama Buddha dapat menyambut Hari Wesak dengan aman dan tenteram.

“Ini mengingatkan kita sebagai rakyat Malaysia betapa beruntungnya kita dapat hidup aman damai dalam kepelbagaian kita.

“Saya dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak,” katanya menerusi status yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasminya sempena sambutan wesak. – WD MY