KUALA LUMPUR, 5 Nov – Pengerusi Yayasan Forum Islam Sedunia (WIEF), Tun Musa Hitam, berharap WIEF Ke-12 akan mengadakan lebih banyak mesyuarat dan perbincangan berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana lebih 90 peratus ekonomi dunia disumbang oleh segmen ini.

WIEF Ke-11 yang berlangsung selama tiga hari, dari 3-5 Nov, 2015, meningkatkan tumpuannya kepada PKS dan akan memainkan peranannya untuk membantu mereka.

“Kami mendapat permintaan agar WIEF Ke-12, yang akan diadakan di Jakarta
pada 20-22 Mei, 2016, mengadakan persidangan khusus mengenai pembiayaan bagi
PKS, inovasi serta e-dagang,” katanya.

Bagi Setiausaha Agung Yayasan WIEF, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak berkata, penganjuran WIEF Ke-11 merupakan satu kejayaan dalam keadaan ekonomi global yang terus tidak menentu, diburukkan lagi dengan penurunan harga minyak dan komoditi, krisis mata wang dan peningkatan geopolitik yang tidak selamat.

“Semua pemimpin telah memberi panduan yang berguna dan penting bagi
perancangan dan pelaksanaan aktiviti forum untuk mengekalkan perkaitan
berterusannya dan impak bagi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata forum itu menyambut baik cadangan untuk melaksanakan
rangkaian padanan perniagaan PKS global yang komprehensif bagi menangani
halangan dan cabaran berterusan yang dihadapi komuniti PKS di samping menyokong
pertumbuhannya. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY