KELANA JAYA, 1 Sept – Serah….. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan tunggu dan lihat pengumuman yang bakal dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar esok.

Pengumuman Khairy itu berkaitan kandungan pemacu mudah alih (pendrive) yang didakwa mengandungi maklumat rasuah yang berlaku dalam badan induk terbabit.

“Menteri (Khairy) sudah menerangkan apa yang dia patut terangkan. Jadi, saya rasa kita tunggu dan lihat saja. Saya tidak boleh komen lebih (lanjut),” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kepada pemberita di Wisma FAM, sebentar tadi.

Khairy dalam kenyataannya semalam mengatakan akan mengumumkan isi kandungan pendrive yang didakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengandungi maklumat rasuah FAM? esok

Malah Khairy turut menjelaskan betapa maklumat 279 muka surat yang terkandung dalam pendrive terbabit banyak mengandungi dokumen teknikal bola sepak Malaysia dan bukannya rasuah. – WD MY

LEAVE A REPLY