Turki Tutup Sempadan Utara Iraq Sebagai Tindak Balas Kepada Puak Kurdis

0
45

ANKARA, 6 Okt – TUTUP…… Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata hari ini, negaranya akan menutup sempadan dengan utara Iraq dan ruang udara sebagai tindak balas pungutan suara kemerdekaan Kurdis minggu lalu.

“Penerbangan ke utara Iraq sudah digantung, ruang udara dan sempadan akan ditutup tidak lama lagi,” kata Erdogan dalam ucapannya di ibu kota ini.

Erdogan berkata, keputusan mengadakan pungutan suara menunjukkan Kerajaan Serantau Kurdis (KRG) di utara Iraq ‘tidak mengenang budi’ yang membangunkan hubungan komersial dan politik dengan Turki.

“Kami menuntut KRG mengambil iktibar daripada kesilapan mereka dan akan memberi pampasan kepada mereka secepat mungkin,” kata Erdogan. – WD MY