KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Berkuat kuasa hari ini, harga runcit petrol RON95, RON97 dan
diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1
Ogos).

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter
selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.

“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini,” kata Timbalan
Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media
sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga
ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menggunakan “Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan” sebagai sumber maklumat tersebut.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY