KUALA LUMPUR, NOVEMBER 2: AURAT….Tutup aurat atau sebarang kejohanan sukan tidak akan mendapat restu kerajaan negeri Kelantan.

Kata exco Kelantan selain menutup aurat penganjur juga akan dipastikan supaya memisahkan kedudukan peserta lelaki dan perempuan.

Exco Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata dua aspek berkenaan menjadi kriteria utama yang dipertimbangkan kerajaan sebelum memberi kebenaran kepada mana-mana pihak menganjurkan sebarang program,

Katanya pendirian itu dibuat selaras dengan dasar kerajaan negeri yang ditadbir PAS iaitu Membangun Bersama Islam.

Bagaimanapun kata Wan Roslan kerajaan negeri tidak akan mengenakan tindakan tegas kepada atlet yang gagal mematuhi syarat berkenaan.

Sebaliknya kata anggota dewan undangan negeri Pengkalan Kubor itu kerajaan Kelantan akan menangguhkan kejohanan yang dirancang sehingga tuntutan tersebut dipatuhi.

“Kita meminta penganjur supaya mematuhi peraturan menutup aurat dalam aktiviti sukan.

“Kalau tidak patuhi sekalipun, kita minta aktiviti mereka ditangguh buat sementara waktu, sehingga syarat ini dipatuhi atlet,” katanya.

Wan Roslan berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Sukan IPTS Malaysia Zon Timur di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kota Bharu malam tadi.