LONDON, 22 Okt – Tutup Sementara…………Beratus penumpang dan kakitangan dipindahkan dari lapangan terbang di ibu kota ini semalam susulan satu “insiden kimia” yang menyebabkan sesetengah penumpang tidak sihat, menurut perkhidmatan bomba.
“Tiga jentera bomba dan pelbagai peralatan pakar dihantar susulan laporan insiden kimia di Lapangan Terbang London tengah hari ini.
“Kira-kira 500 orang awam dan kakitangan dipindahkan dan ada laporan menyatakan sejumlah penumpang tidak sihat,” menurut Jabatan Bomba London dalam satu kenyataan.
Akaun Twitter rasmi lapangan terbang berkenaan memaklumkan ia dikosongkan “berikutan amaran kebakaran.
” Tiada penerbangan dibenarkan berlepas atau mendarat. Beberapa penerbangan masuk dari destinasi seperti Frankfurt, Amsterdam dan Paris dilencongkan ke lapangan terbang lain. – WD MY