PUTRAJAYA, 4 Ogos – Komited Dalam Memastikan…….Malaysia dan Ukraine terus komited untuk mengetahui kebenaran di sebalik tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine, dua tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata negara yang terbabit kini sedang menunggu laporan siasatan jenayah nahas itu yang dijangka dibentangkan pada hujung tahun ini.

“Lima negara (anggota Jawatankuasa Penyiasatan Bersama (JIT) iaitu Australia, Brazil, Belgium, Belanda dan Ukraine) akan bertemu bagi membincangkan langkah seterusnya.

“Ini bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan pelaku jenayah bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan,” katanya pada sidang media bersama dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Sementara itu, Poroshenko mengulangi pendirian yang sama dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan. – WD MY

LEAVE A REPLY