UMAT ISLAM WAJIB PIMPIN URUSAN PENTING NEGARA

UMAT ISLAM WAJIB PIMPIN URUSAN PENTING NEGARA

101
0

KUALA LUMPUR, JULAI 13: UMAT ISLAM… Umat Islam wajib memimpin urusan penting negara khususnya yang menyentuh berkenaan dasar serta kedaulatan umat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam juga perlu memiliki perasaan takwa di dalam diri dan keluarga masing-masing untuk mempertahankan Islam dan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun masih banyak kelemahan dalam diri dan banyaknya dosa yang dilakukan, namun, adanya bersama Islam tetap memberi harapan daripada Allah pada akhirnya.

“Rasulullah diberitahu bahawa pada hari kiamat nanti ada orang yang dosanya dalam suratan yang panjangnya sayup mata memandang, boleh diselamatkan oleh hanya kalimah tauhid yang menandakan dirinya Islam. Maka setiap penganut Islam wajib mempertahankan Islam itu sehingga akhir hayatnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MY WD